just try hard to do the best even we can't perform the best..:)

just try hard to do the best even we can't perform the best..:)

Saturday, October 29, 2011

bekerja di hotel...(*_*)

assalamualaikum...lama aku x update blog aku..mlm ni aku bosan so aku rsa nak update pasal aku keja di Sunway Hotel as a Banquet girl..(hehehe)
tau x keja dia cam ne???
keja dia senang je...kita just susun piring, sudu bg cukup 1 meja 2 la...
kadang2 1 hall ada smpai 38 meja..
so agak letih juga la..2 keja b4 majlis 2 bermula...
b4 majlis ni bermula,kita akn dibahagikan meja sebnyak seorang akn dapat 2 or 3 tables to manage and arrange this table semasa majlis 2 sedang bermula..
macam ni la banquet hall dia...
kebanyakan event kat hotel 2 kebanyakan event cina..event melayu jarang la jumpa..
so bl event cina fhm2 la msti la ada wain,bir..and sewaktu dengannya..
bl dpt tau ada benda alah ni,aku terus bg tau kat manager aku ngn member aku x leh nk serve arak...
so manager 2 pon fhm..
coz ada bdak2 yg akan serve arak 2..hihi..
alhamdulilah...selamat suda..:)..
so bila majlis tgh bermula,kita kna serve diorang n tnya diorang sm ada nk chinese tea or not??
klu x nk, kta leh terus angkat tea cup..
pas 2,kita kan serve diorang based on menu yg ada ats meja 2...so mmg kena byk jalan la jg..
kuar masuk kitchen..
utk serve diorang mkanan..
n bila air minuman diorang abis,kita msti isi cepat2,..:)
selalunya lam satu2 majlis ni ada 8 menu..
8 kali la aku msti kuar masuk kitchen..
x termasuk lagi aku kena g tukar plate,buang sisa mkanan,refill air lam jugs...hihi..
aku x kisah suma 2...coz suma adalah experience lam hidup aku..
hidup kita klu tnpa pengalaman + ilmu,hidup kita akn kosong..
tp kan aku sedih gak...bila tgok budak2 g serve arak 2 bkn india...
bukan cina...
TAPI!!!..anak melayu juga..
tp..........laki la..melayu and mamak...
ntah la wey..kita sebagai umat islam menyentuh arak pon haram apatah lagi minum..
klu nk keja kat hotel ni kita terpaksa la meng-Open mind kita..
and wat bodo je ngn diorang..and kena pndai bawa diri..
maksud aku,klu kita baik sgt, and bergaul sgt,t kita akn mudah terpengaruh ngn org2 kat situ n persekitaran kat situ..
cth: ms aku ulang-alik msuk kitchen..
aku nmpak 2 org budak melayu...
sorang pegang jug berisi wain...
and sorang pegang gelas..
dan minta kwn dia menuangkan wain 2 kat gelas dia...
so sad...lam ati aku mampu mengucap je...
nak nasihat x boleh..klu adik aku,mmg dh mati aku keja kan..hahahaha
2 salah satu...
bg aku niat x pernah menghalalkan cara kita...
so fikir2kan lah...
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2]
"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)
Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram

1 comment:

LoVe Is SwEet But sOmEtiMe is tRoUblE said...

perghhh.... terbaik ar smbl berblog 2 brdkwah sama.... i like.....

Post a Comment

hakcipta terpelihara hamiza mahrol(*_*)